Friday, 26-Mar-2004 8:26 AM
Keadilan: Tolak Pilihan Raya sehingga buat
perubahan
Keadilan hari ini menolak keputusan Pilihan Raya 2004 dan menyeru
diadakan pilihan raya semula dan sebuah Suruhanjaya Bebas ditubuhkan
jika kerajaan baru Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, ingin
dilihat sebagai kerajaan yang sah.
Keadilan seperti juga PAS dan DAP telah mendesak
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bertanggungjawab sepenuhnya
bagi segala kelemahan dalam pengendalian pilihan raya 2004, dan
pengerusinya Abdul Rashid Abdul Rahman meletak jawatan.
”Kami tidak dapat terima kesahihan keputusan
pilihan raya. Kami menyeru diadakan pilihan raya semula dan saya
bersedia untuk hadapi pilihan raya yang baru,” kata Presiden Keadilan
Wan Azizah Wan Ismail.
Katanya, walaupun Keadilan telah membuat aduan
sebelum pilihan raya tentang daftar pengundi yang tidak bersih,
pihak SPR masih meneruskan hari mengundi pada 21 Mac.
Ini membuktikan suruhanjaya tersebut – yang
bertanggungjawab atas pengurusan pilihan raya yang adil dan bebas
– sebenarnya bukan saja tidak efisyen tetapi juga tidak bersedia
melakukan tugas yang diberikan, katanya.
Pada Isnin, selepas beberapa pengiraan semula,
Wan Azizah diisytiharkan pemenang kepada kerusi parlimen Permatang
Pauh – sebelum ini dipegang oleh suami beliau iaitu bekas timbalan
perdana menteri Anwar Ibrahim – dengan majoriti tipis 590 undi.
Pemimpin parti yang lain dikalahkan oleh BN
dan beberapa pemimpin Keadilan telah tidak boleh bertanding dalam
pilihan raya ke 11.
Dengan Keadilan dan PAS kehilangan kebanyakan
kerusi kepada BN, Abdullah mendakwa bahawa gelombang sokongan rakyat
menunjukkan mandate daripada rakyat bagi pentadbirannya.
Unsur penipuan
Dalam kenyataannya hari ini, Wan Azizah telah
menolak keputusan pilihan raya, mendakwa terdapat ramai yang dinafikan
hak mengundi kerana kelemahan seperti nama tiada dalam senarai daftar
pengundi atau nama-nama telah dipindahkan ke kawasan lain atau negeri
lain tanpa pengetahuan mereka.
Kes-kes penipuan yang lain juga berlaku, termasuk
pengundi-pengundi yang ditangkap mengundi lebih dari sekali, katanya,
tambahnya lagi, ada sesetengah alamat yang disenaraikan mempunyai
lebih 100 pengundi.
Menurut pemerhati pilihan raya, rumah-rumah
di DUN-DUN di semenanjung tidak mempunyai lebih dari lima pengundi
di dalamnya, tidak seperti di rumah panjang.
Keadilan juga dapati ada tiga set daftar pengundi
yang di keluarkan oleh SPR untuk pilihan raya kali ini; Mac 3, 15
dan 21, 2004, yang sepatutnya hanya ada satu.
Ketiga-tiga senarai tidak konsisten
antara satu sama lain, kata setiausaha agong Mustaffa Kamil Ayub
apabila ditemui.
Keadilan juga tidak selesa dengan
keputusan SPR yang melanjutkan masa mengundi di Selangor selama
dua jam, tindakan yang dibuat tanpa mengikuti prosidur yang betul
dan di saat-saat akhir.
”Kami tidak pasti di mana undang-undang
(membenarkan masa mengundi dilanjutkan sehingga pukul 7 malam),
tetapi yang pastinya cara diumumkan – pada sekitar 5 petang – dipersoal,”
kata Mustafa.
”Ini bukan bermakna Keadilan
tidak dapat menerima kekalahan. Pokoknya, pembangkang tidak mengiktiraf
kesahihan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawwi, dan kami mempunyai
bukti kukuh terhadap amalan yang bertentangan,” katanya.
”Dalam beberapa DUN tertentu
di Terengganu sebagai contoh, terdapat 98.3% keluar mengundi , manakala
purata yang biasa hanya 60 hingga 70 peratus. Apa makna semua ini?
Apa yang sedang berlaku kepada sistem pilihan raya kita?”
’Siasatan oleh Rakyat’
Naib Presiden Tian Chua berkata:
“Kami tidak akan terlibat dalam mana-mana pilihan raya selagi tiada
perubaha. Dengan itu, bersihkan segala masalah dan tunjukkan ketelusan.
Jika tidak, nampak seperti ada banyak yang hendak disorok.”
Sementara itu, kata Mustafa,
parti akan teruskan dua pendekatan, satu mengendalikan ‘siasatan
oleh rakyat’ dengan mengadakan rundingan di seluruh negara untuk
mengumpul maklumat dan bukti dan kedua mengemukakan petisyen kepada
mahkamah.
Petisyen katanya, akan mengendalikan
secara khusus pelanggaran yang mempunyai bukti kukuh seperti seorang
pengundi yang mengundi lebih dari sekali.
|